28/04/2010 8:28pm
KUALA LUMPUR 28 April – Orang ramai yang cedera akibat terjatuh ke dalam lubang tidak bertutup di kawasan pejalan kaki di sekitar ibu negara boleh menuntut ganti rugi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, tuntutan itu boleh dibuat dalam tempoh enam tahun daripada tarikh kejadian dan hanya membabitkan kawasan di bawah penyelenggaraan DBKL.
"Segala tuntutan ini perlu dikemukakan kepada Bendahari Jabatan Kewangan atau Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang DBKL,” katanya ketika menjawab soalan Senator Rizuan Abd. Hamid di sini.
Rizuan dalam soalannya ingin tahu sama ada orang ramai boleh menuntut ganti rugi daripada DBKL sekiranya mereka ditimpa insiden sedemikian. – Bernama
Sumber dari :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm
No comments:
Post a Comment