Saturday, 3 September 2011
Pengorbanan yang berbaloi : Noramfaizul Mohd Nor
Terkedu aku bila terbaca kisah muka depan Harian Metro hari ini. Walaupun kisah ini sudah terjadi kelmarin lagi dan berulang kali di perkatakan dalam berita TV mahupun Radio. Entah kenapa baru sebentar tadi baru terlintas perasaan bangga dengan pengorbanan seorang wartawan ni. Bukan semua orang bertuah dapat bertemu tuhan dalam keadaan yang dihormati seperti ini. Malah ada kebanyakannya memilih untuk berkorban dalam limba haram. Walaupun betapa sedih ahli keluarga beliau dengan pemergian Allahyarham hanya mereka sahaja yang tahu. Namun secara peribadi, saya sangat berbangga kerana ada rakyat Malaysia yang berjiwa seperti beliau, sanggup menggadaikan nyawa berkhidmat demi negara walaupun ditugaskan di kawasan yang sangat berisiko.
Begitu juga dengan wartawan yang tercedera : Aji Siregar Mazlan. Beliau lebih bernasib baik kerana terselamat dan hanya mengalami kecederaan. Bagaimanakah rasanya terkena tembakan? mendengar letupan senapang pun dah cukup mnyeramkan.. ini pulak terkena peluru..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment