Thursday, 8 September 2011

Catalina Robayo tak diblurkan



Haaaa..
Dah jumpa pun..terbaikk punya..
Harap berpuas hati.. tapi ingatkan open, rupanya sama je.. tak blurkan pun takpe.. tak ada apa yang boleh tengok pun..

Catalina tak pakai spender..

COLOMBIA

Gambar ini menjadi controversi.. Dipetik dari berita luar negara.. Tengah cari jugak kot2 ada gambar yang masih fresh (belum diblurkan kat situ).. sesapa yang ada meh laa kita kongsikan bersama

Sunday, 4 September 2011

Bahaya Para Penceramah


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Sejak kebelakangan ini, ramai para penceramah agama muncul di tengah gelanggang masyarakat. Dari yang diketahui asal-usul pendidikannya sehinggalah kepada yang tidak diketahui dari mana datangnya. Modal sesetengah mereka ialah maklumat yang dikutip dari apa sahaja bahan yang sampai kepada mereka. Ibarat kata, membujur lalu, melintang patah. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan. Sehingga buku palsu “Dialog Nabi s.a.w Dengan Iblis” juga dipercayai. Antaranya konon baginda Nabi s.a.w bertanya Iblis, “apakah tempat yang paling engkau suka?”. Jawab Iblis “panggung wayang”. Kita tahu pada zaman Nabi s.a.w belum ada panggung wayang. Bagaimana mungkin istilah ini muncul. Sudahlah cerita-cerita dalamnya tidak mempunyai sanad yang diterima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang berakal menolak agama. Padahal itu bukan fakta agama. Al-Quran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya menyebut kuda, bagi memahamkan senjata terbaik ketika itu. Mana mungkin hadith menyebut istilah yang tidak wujud di zaman tersebut.

Orang ramai yang jahil menjadi mangsa. Mereka tidak dapat membezakan antara tokoh ilmiah dengan ‘ustaz jadi-jadian’ yang menjadi penceramah segera dengan hanya belajar beberapa hari atau baca beberapa buku melayu, atau terjemahan. Lalu ada yang menghiasi ceramahnya dengan hadith-hadith palsu, fitnah, lawak jenaka, maki hamun yang ada pula pendengar yang sudi menadah telinga untuk mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, entah berapa ramai lagi ‘Sharil Long’ yang akan muncul. Rosaklah kemurnian masjid dan surau.
Lebih malang lagi, orang melayu ada yang menganggap sesiapa sahaja yang pulang dari Timur Tengah mesti pandai agama. Mereka lupa berapa ramai Arab yang jahil agama dalam ertikata yang teramat sangat. Mereka tidak sedar ramai juga yang ke Timur Tengah, tapi tidak belajar. Hanya sekadar tidur, makan angin, duduk dengan sesama melayu. Jika belajar pun, belajar sesama sendiri, atau mana-mana ustaz Indon, kemudian pulang kononnya sebagai lulusan Timur Tengah. Apa yang dia lulus pun kita tidak tahu?!! Siapa gurunya? Ada yang hanya mampu menyebut nama seorang dua Indon atau melayu yang mengajar di sana. Tokoh-tokoh ilmuan Arab ditinggalkan. Mereka tidak ambil manfaat keilmuan tokoh-tokoh yang mereka kembara ke negera mereka itu. Kitab-kitab mereka yang hebat dan ilmiah tidak dibaca. Bahkan, jangan hairan, ada yang pulang dari Timur Tengah, kurang mampu membaca bahan dalam Bahasa Arab. Jika mampu, ada pula yang kurang menguasai bahan dan tidak banyak tahu tentang latar belakang bahan-bahan ilmiah. Apatah lagi sistem sesetengah pusat pengajian di Timur Tengah seperti al-Azhar tidak mengambil pusing tentang kehadiran pelajar. Bagaimana mereka lulus, –jika betul lulus- tanyalah kepada yang jujur?!!!

Maaf saya katakan, sesetengah mereka sebenar tidak pulang membawa khazanah ilmu. Mereka membawa diri mereka yang asal. Mereka bagaikan barangan Thailand yang dihantar ke Amerika, dicop di sana dan dikirim semula. Dengan nama Timur Tengah, ramai juga yang menjadi penceramah. Hanya atas nama itu, orang ramai menganggap semua isi kandungan ucapan mereka benar. Maka mereka ini tidak memiliki penguasaan ilmiah dan metodologi yang betul dalam menilai bahan-bahan agama yang disampaikan.

Bidang keilmuan itu sendiri luas. Sekalipun bagi yang belajar, bukan semua ilmu dikuasainya. Maka bukan semua pula yang benar-benar bersijil, atau berguru menjadi alim. Ilmu diukur pada kemampuan dan pembuktian kajian.

Para ulama hadith sejak dahulu mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan qussas dan wu’adz. Golongan ini adalah antara yang paling berperanan menyediakan hadith palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini. Agama tercemar kerana mereka. Secara ringkas kita terjemahkan wu’adz dan qussas sebagai para penceramah agama dan penglipurlara.

Mungkin kita akan bertanya, apakah bahaya? Tidakkah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai. Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!.

Kita katakan, bahayanya bukan kerana mereka memberikan nasihat, tapi bahayanya kerana ada isi kandungan agama yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka banyak yang tidak benar. Orang ramai terseleweng kerana mereka. Walaupun kita sedar bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadith-hadith yang dibaca. Namun lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata. Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql: “Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya.” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, cetakan Dar al-Watan, Riyad).

Sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen. Ayat-ayat al-Quran yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin ‘Ulum al-Quran yang telah digariskan oleh para ulama. Demikian sesiapa yang ingin menghuraikan hadith mestilah mempunyai latar pengetahuan mengenai ‘Ulum al-Hadith. Begitu juga yang membicarakan persoalan fiqh, mestilah mempunyai pengetahuan tentang Usul al-Fiqh. Kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ketika mengulas mengenai tipu daya iblis terhadap wu’adz dan qussas ini: “Dahulunya para wa’`azd adalah ulama dan fuqaha’..kemudian bidang ini dicemari maka ianya disertai oleh golongan jahil…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsukan hadith-hadith dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Kita sedar ramai yang ingin jadi penceramah agama. Kata mereka ‘lumayan’. Mungkin benar bagi yang mencari wang untuk kesenangan sendiri, bukan untuk pembangunan minda dan kekuatan umat. Justeru, ada yang berhenti kerja, kerana hendak berceramah. Orang ramai menamakan mereka pendakwah bebas atau seumpamanya. Saya tidak pasti, apakah semua mereka benar-benar ingin berdakwah kepada Islam yang benar dan tulen. Dalam ertikata menghuraikannya dengan disiplin yang diletakkan oleh para sarjana Islam yang muktabar dalam berbagai bidang. Atau mungkin hanya segelintir, selainnya dibimbangi seperti yang disebut oleh Imam al-Sakhawi (meninggal 902H): “Antara pereka hadith palsu itu ialah golongan yang mendapat untung dan mencari rezeki dengan hadith-hadith palsu dalam cerita-cerita dan nasihat-nasihat mereka” (Al-Sakhawi, Fath al-Mughith, 1/282, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Malangnya apa yang disebut oleh para ulama itu berterusan sehingga ke hari ini. Walaupun kebanyakan penceramah tidak lagi mencipta sendiri hadith-hadith palsu, tetapi mereka mengambil hadith-hadith palsu daripada orang lain untuk menyukakan para pendengar. Cerita-cerita dusta tentang para nabi dan wali menjadi bahan ceramah. Demikian juga riwayat-riwayat Israiliyyat dan seumpamanya. Apabila ada orang berbangsa cina di dalam majlis umpamanya, mereka pun menyebut Nabi bersabda: (Tuntutlah ilmu sekalipun ke China) Ini hadith yang palsu seperti yang disebut oleh para ulama. (Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh). Malangnya ramai yang tidak memberi perhatian tentang hal ini. Sehingga ada forum perdana dianjurkan dengan tajuk hadith palsu ini.

Demikian juga apabila datang bulan Rejab atau Sya’ban, atau Ramadan, maka mereka pun membaca hadith palsu: “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria) Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab) (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Sekalipun ia adalah riwayat yang batil, mereka tidak peduli. Apa yang mereka pentingkan ialah orang ramai suka dengan apa yang mereka sebut. Kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: “Kebanyakan qussas mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadith apa yang orang ramai sukai yang boleh membangkitkan jiwa, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan terhadap apa yang orang ramai suka. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, mendukacitakan mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”.( Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Inilah hakikat yang sedang berlaku sehingga ke hari ini. Entah berapa ramai penceramah tidak meneliti kedudukan hadith-hadith yang dibacanya. Apa yang mereka pentingkan ialah jemputan orang ramai dan kesudian mereka untuk mendengar. Sebab itulah pada zaman dahulu Ibn `Umar mengarahkan agar pihak berkuasa mengeluarkan mereka dari masjid dan `Umar bin `Abd al-`Aziz pula memenjarakan mereka dan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka. ( Lihat: Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44.)

Kesalahan mereka bukan kerana mereka memberi nasihat kepada orang ramai. Rasulullah S.A.W. dan para ulama salaf juga memberi ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Namun yang salah ialah mereka menyebarkan perkara-perkara palsu. Menyandarkan maklumat palsu kepada Islam adalah sesuatu yang amat haram. Malangnya perkara yang amat diharamkan syarak ini berlaku di masjid-masjid. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah).

Tanda-Tanda Dunia Kita Mula Terbalik


Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda 'dunia sudah terbalik'. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga 'fatwa' tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan. Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal. Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina. Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin 'hubungan seks' sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas 'pengkid' atau 'tandas saudarai'. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau 'saudarai' boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku. Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn 'Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi 'nafsu bercinta'. Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang 'haram pengkid' dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh 'insan-insan berjawatan' itu mengambil kira soal kedudukan dan 'keselesaan kerusi' masing-masing. Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap 'bersuami dua'. Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa. Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya. Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai 'karenah pengurusan' yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Kuasa

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan. Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap 'berdasarkan undang-undang syarak'. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu sayang ulangi: "Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan 'operasi mengintip' maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; "Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami". Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di'bin'kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap 'anak luar nikah'.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya. Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka 'aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw: "Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa'd bin Abi Waqqas dengan 'Abd bin Zam'ah. Sa'd membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya 'Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam'ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun 'Abd bin Zam'ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam'ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa'd mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya 'Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai 'Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa'd. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam'ah dengan bersabda: "Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)". Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim". (lihat: islamonline.net). Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!


Tuntut ganti rugi daripada DBKL jika cedera jatuh lubang


28/04/2010 8:28pm

KUALA LUMPUR 28 April – Orang ramai yang cedera akibat terjatuh ke dalam lubang tidak bertutup di kawasan pejalan kaki di sekitar ibu negara boleh menuntut ganti rugi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, tuntutan itu boleh dibuat dalam tempoh enam tahun daripada tarikh kejadian dan hanya membabitkan kawasan di bawah penyelenggaraan DBKL.
"Segala tuntutan ini perlu dikemukakan kepada Bendahari Jabatan Kewangan atau Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang DBKL,” katanya ketika menjawab soalan Senator Rizuan Abd. Hamid di sini.
Rizuan dalam soalannya ingin tahu sama ada orang ramai boleh menuntut ganti rugi daripada DBKL sekiranya mereka ditimpa insiden sedemikian. – Bernama

Sumber dari :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Perkara-Perkara Aneh Tapi Benar Yang Terdapat Di Dalam Agama Syiah


Perkara dan cerita aneh dan pelik dari Agama Syiah :

1.         Batasan aurat
2.         Kotoran para imam menyebabkan masuk surga
3.         Kentut dari imam bagaikan bau misik.
4.         Khumaini memperbolehkan menyodomi istri-istri
5.         Meminjamkan istri
6.         Diperbolehkan menyetubuhi bayi.
7.         Diperbolehkan melihat sesuatu yang diharamkan dari kaca
8.         Muhammad Husein Fadhlullah memperbolehkan melihat wanita-wanita yang sedang telanjang.
9.         Allah mengunjungi kuburan Husein
10.        Barang siapa haji maka telah dikunjungi Allah
11.        Meminta  pertolongan dari para Nabi dan Malaikat dalam sholat
12.        Berlindung pada makhluk dan berbuat dengan nama makhluk
13.        Imamah menurut Syiah Rafidhoh
14.        Kepercayaan memakan debu dan kerikil kuburan Husain
15.        Khasiat debu seperti madu
16.        Seperti orang Nasrani
17.        Hamil dan melahirkan secara luar biasa
18.        Kepercayaan tentang sebuah penebusan
19.        Musa Al Kazim mencegah kemarahan Allah
20.        Para imam adalah Asma’ul Husna
21.        Fatimah adalah Tuhan yang berwujud seorang wanita
22.        Mereka adalah penyebab terciptanya langit dan bumi
23.        Taat kepada Ali lebih penting dari pada taat kepada Allah
24.        Tak ada yang mengumpulkan al quran kecuali para imam
25.        Para imam itu lebih utama dari para Nabi Allah. Derajat mereka lebih tinggi daripada para Malaikat, Nabi, Rasul
26.        Allah telah mengusapkan tangan kanannya pada keluarga Ali dan memberikan cahayanya pada mereka
27.        Minta pertolongan, perlindungan, basmallah, selain Allah tidak dilarang
28.        Mereka di ajarkan hal-hal yang ghoib dari Allah
29.        Para sahabat sama merubah Al Qur’an dan melakukan konspirasi
30.        Penghuni Bungker yang dimulyakan Allah
31.        Penafsiran yang menyesatkan
32.        Ali terbang di atas mega awan
33.        Halilintar dan kilat dibawah kehendak dan aturan Ali
34.        Mentalkin Mayid menggunakan nama-nama para imam
35.        Yang menyebabkan timbulnya penyakit kusta
36.        Kekenyangan menyebabkan kusta
37.        Mandi menggunakan gayung tembikar dari mesir akan menyebabkan kamu menjadi kehilangan sifat cemburu.
38.        Membiasakan berada di kamar mandi menyebabkan TBC
39.        Bersikatan di pemandian akan menyebabkan sakit gigi
40.        Makan wortel dapat menghangatkan ginjal dan menegangkan zakar
41.        Minum air di malam hari menyebabkan merahnya air kencing
42.        Melihat kelamin wanita menyebabkan kebutaan
43.        Romadhon salah satu nama Allah
44.        Aduh termasuk nama Allah
45.        Nama-nama Malaikat yang aneh
46.        Imam Mahdi akan keluar dalam keadaan telanjang
47.        Dilarang menyembelih pejantan yang sedang kawin.
48.        Hati-hati memakai sandal berwarna hitam
49.        Mu’jizat kekuatan Ali
50.        Ali membelah Sungai Eufrat dengan menggunakan batang kayu
51.        Bagaimana bisa tahu bahwa semangka itu pro Ahlul bait atau benci Ahlul bait.
52.        Seekor burung yang keluar dari lobang hidung
53.        Allah menyuruh dua syetan menjaga orang yang membaca ayat Kursi
54.        Qisah Ufair keledai  Rosulullah
55.        Hasan berbicara dengan 70 juta bahasa
56.        Makan tanah/Debu kuburan Husein dapat menyembuhkan segala macam penyakit
57.        Obat penyakit mata
58.        Nama-nama hari adalah nama-nama Rosul dan Ahlul bait
59.        Siapa Makan keju setiap awal bulan dikabulkan apa yang menjadi keinginannya
60.        Obat lupa?
61.        Makan delima termasuk amalan yang dianjurkan di Hari Jumat
62.        Yang dapat menambah rizki
63.        Imam Al Hasan dapat berbicara dengan semua bahasa
64.        Al Husain menyusu dari jari-jari dan lidah Nabi
65.        Nabi menyusu pada puting pamannya Abu Thalib
66.        Nabi Danial mengancam Allah untuk melakukan perbuatan maksiat
67.        Apa yang harus diucapkan sehabis tertawa terbahak-bahak
68.        Bacaan  Sholawat terhadap keluarga Nabi membuat seseorang tidak perlu lagi berdoa pada  Allah
69.        Dua cahaya yang menikah
70.        Tafsir model baru
71.        Fatimah terjaga dari menstruasi
72.        Perbedaan antara siang dan malam dalam pelaksanaan had
73.        Perebutan posisi imam di antara mereka yang maksum terbebas dari   dosa

Sumber dari : 


Saturday, 3 September 2011

Khasiat buah kelapa, Luban, buah kurma segar, semangka bagi Ibu yang sedang hamil


Dalam suatu riwayat disebutkan:
“Ibu yang sedang hamil hendaknya makan buah kelapa karena ia dapat menjadikan bau anaknya menjadi harum dan warna kulitnya bersih.” Hadis ini bersumber dari Muhammad bin Ya’qub (Al-Wasail 15: 133, hadis ke 1)
Rasulullah saw bersabda:
“Berilah makanan istrimu yang sedang hamil buah kelapa, karena ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik.” Hadis ini bersumber dari Sayyid Ar-Rawandi (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke 2)
Rasululah saw bersabda:
“Aroma para nabi aroma buah kelapa, aroma bidadari, aroma âs (sejenis bunga berwarna putih berbau harum), aroma malaikat, aroma bunga mawar. Dan aroma puteriku Fatimah Az-Zahra’ adalah aroma buah kelapa, âs dan bunga mawar. Allah tidak mengutus seorang nabi dan washinya kecuali pada terdapat bau kelapa. Berilah makanan buah kelapa isterimu yang sedang hamil, agar aroma anakmu harum.” Hadis ini bersumber dari Musa bin Ja’far dan bapak-bapaknya (sa) dari Nabi saw. (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke1)
Rasulullah saw bersabda:
“Berilah minuman dari Luban isterimu yang sedang hamil, karena ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” Hadis ini bersumber dari Abul Abbas Al-Mustaghfiri dalam kitab Thibbun Nabi saw dikutip oleh Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis 1.
Rasulullah saw bersabda:
“Berilah makanan dari Luban isterimu yang sedang hamil, karena jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika ia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani, dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bagian yang baik bagi suaminya.” Hadis ini bersumber dari Sufyan Ats-Tsauri dari Abu Ziyad dai Imam Hasan bin Ali (sa). (Al-Wasail 15: 136, hadis ke 1).
Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata:
“Berilah makanan dari Luban isterimu yang sedang hamil. Jika bayi dalam perut isterimu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim dan pemberani. Jika perempuan ia akan bagus fisiknya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bagian yang baik bagi suaminya.” Hadis ini bersumber dari Muhammad bin Ya’qub (Al-Wasail 15: 136, hadis ke 2)
Imam Abul Hasan (sa) berkata:
“Tahukah kamu bayi yang dikandung oleh Siti Maryam?” Aku menjawab: Tidak. Beliau berkata: “Ia berasal dari buah kurma yang segar yang dikirim oleh Jibril (sa).” Hadis ini bersumber dari Sulaiman Al-Ju’fi. (Mustadrak Al-Wasail 2: 619)
Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata:
“Tidak ada makanan dan obat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama dari buah korma yang segar (rathab), karena Allah azza wa jalla berfirman kepada Siti Maryam: ‘Goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu’(Maryam: 25-26). Hadis ini bersumber dari Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa). (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke 3)
Rasulullah saw bersabda:
“Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah semangka, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fisiknya bagus.” Hadis ini bersumber dari Abul Abbas Al-Mustaghfiri dalam kitab Thibbun Nabi saw dikutip oleh Mustadrak Al-Wasail 2: 619.
Wassalam
Syamsuri Rifai

Sumber dipetik dari :

Kaca yang mahal

Agaknya laa kan, berapa ringgitkah harga bunga kristal ni.. sangat teruja bila melihat kecantikan seni yang diukirkan dari kaca.Mungkinkah sama nilainya dengan sebuah kereta mewah? mungkin mencecah 5 angka, tak mustahil 6 atau tujuh angka.. Kalau kata saya dapat percuma, tak tau laa nak letak kat mana benda ni. Tak sesuai kot nak simpan kat rumah apartment yang kecik.. Kalau duduk rumah kampung yang ada laman luas boleh laa.. Tu pun nak kena buat pagar kukuh supaya tak ada orang boleh pecah masuk untuk curi.














Kota A Famosa

Kota A Famosa..

Apa yang ada disebalik Nama A Famosa..
Kalau sekali imbas, perkataan Famosa tu bunyi lebih kurang macam Famous atau Terkenal.. Mungkin laa kot. Tapi apa ada dengan A? mungkinkah maksudnya lebih kurang macam terkenal kelas A, ataupun hanya sekadar penjodoh bilangan. Sama macam dalam bahasa inggeris - a famous (satu kemahsyuran).. hmmm.. entahlah.. Kurang arif sangat pasal sejarah ni.. saje main hentam aje.. Harap tak ada sesiapa gunakan pendapat saya ini sebagai fakta..




Kalau dilihat pada gambarnya, memang ianya satu struktur yang kukuh. entah dah berapa tahun ianya dibina ye? teringin jugak nak pegi.. Dulu masa kecik rasa-rasa macam penah pegi. Tapi sekarang ni ingat-ingat lupa je. Ada sesiapa tahu tak bilakah kota A Famosa ni dibina?

Pengorbanan yang berbaloi : Noramfaizul Mohd Nor

Terkedu aku bila terbaca kisah muka depan Harian Metro hari ini. Walaupun kisah ini sudah terjadi kelmarin lagi dan berulang kali di perkatakan dalam berita TV mahupun Radio. Entah kenapa baru sebentar tadi baru terlintas perasaan bangga dengan pengorbanan seorang wartawan ni. Bukan semua orang bertuah dapat bertemu tuhan dalam keadaan yang dihormati seperti ini. Malah ada kebanyakannya memilih untuk berkorban dalam limba haram. Walaupun betapa sedih ahli keluarga beliau dengan pemergian Allahyarham hanya mereka sahaja yang tahu. Namun secara peribadi, saya sangat berbangga kerana ada rakyat Malaysia yang berjiwa seperti beliau, sanggup menggadaikan nyawa berkhidmat demi negara walaupun ditugaskan di kawasan yang sangat berisiko.


Begitu juga dengan wartawan yang tercedera : Aji Siregar Mazlan. Beliau lebih bernasib baik kerana terselamat dan hanya mengalami kecederaan. Bagaimanakah rasanya terkena tembakan? mendengar letupan senapang pun dah cukup mnyeramkan.. ini pulak terkena peluru..